Tuesday, August 27, 2019

GUNA SEMULA BOTOL SEBAGAI PAGAR TANAMAN

TARIKH
:
1 hingga 14 Julai 2019
TEMPAT
:
Persekitaran Pintu Masuk Utama Asrama
BUTIRAN PROGRAM
:
Kelab Lestari Alam Sekitar SK Kampong Baru telah melaksanakan aktiviti menggunakan semula botol mineral sebagai pagar tanaman. Keberlangsungan aktiviti adalah di bawah bimbingan Guru Penasihat Kelab Lestari Alam Sekitar (KLAS).
      Objektif utama adalah untuk membentuk kreativiti ahli kelab menggunakan bahan 3R dan memanfaatkan barangan 3R dengan menghasilkan bahan yang boleh memberikan manfaat. Pelaksanaan aktiviti adalah mengikut waktu senggang murid dan bermula 1 hingga 14 Julai 2019.
      Ahli kelab telah diberikan tugasan untuk mencari botol dan membersihkannya untuk diisi dengan cecair pelbagai warna. Botol mineral ini dijadikan sebagai pagar hiasan bagi mencantikkan pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Kerjasama di antara ahli Kelab Lestari Alam Sekitar (KLAS) menjadikan kawasan sekolah berada dalam keadaan kondusif dan ceria.











No comments:

Post a Comment