TARIKH
|
:
|
27 Februari 2019 (Rabu)
|
TEMPAT
|
:
|
5 Al-Farabi
|
MASA
|
:
|
03:00 petang
|
BUTIRAN PROGRAM
|
|
Kelab Lestari Alam
Sekitar (KLAS) ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih,
indah dan mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan. KLAS
SK Kampong Baru dibawah Unit Kokurikulum telah mengadakan Mesyuarat Agung
Kali Pertama 2019.
Perjumpaan kelab diadakan pada setiap
Hari Rabu minggu Kelab Persatuan mengikut Takwim Tahunan Unit Kokurikulum
2019. Ahli kelab sesi 2019 melibatkan seramai 29 orang. Butiran
Mesyuarat Agung Kali Pertama adalah seperti berikut:
Ø
Pengenalan KLAS 2019
Ø
Lantikan Jawatankuasa
Ø
Perlembagaan KLAS
Ø
Perancangan Tahunan KLAS
Ø
Pembudayaan 3R@SKKB
|
Tuesday, August 27, 2019
MESYUARAT AGUNG KELAB LESTARI ALAM SEKITAR (KLAS) 2019
PELANCARAN KEMPEN SKKB LOVE 3R 2019
TARIKH
|
:
|
4 Mac 2019 (Isnin)
|
TEMPAT
|
:
|
Dataran Asrama
|
MASA
|
:
|
07:30 pagi
|
BUTIRAN PROGRAM
|
|
Kempen SKKB Love 3R 2019 peringkat SK Kampong Baru telah dilancarkan
pada 4 Mac yang lalu. Keberlangsungan program melibatkan seluruh warga SK
Kampong Baru.
Objektif program ialah membudayakan
penerapan aspek 3R di kalangan warga sekolah dan memberi ruang dan peluang
kepada warga sekolah dan komuniti setempat menggunakan stesen-stesen alam
sekitar sebagai proses pengajaran dan pembelajaran serta sebagai galakan
untuk melaksanakan aktiviti mesra alam dan penjimatan sumber.
Tentatif program melibatkan perasmian
gimik pelancaran Kempen SKKB Love 3R oleh En.Mohamad Fauzi bin Ibrahim, PK
Pentadbiran dan Senam Go Green bersama warga sekolah. Diharapkan
usaha yang dilakukan berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam
membudayakan kempen SKKB Love 3R
di kalangan murid-murid SK Kampong Baru.
|
PERTANDINGAN REKA INOVASI 2019
TARIKH
|
:
|
14 Mac 2019 (Khamis)
|
TEMPAT
|
:
|
Pasaraya C-MART, Jitra Kedah
|
MASA
|
:
|
09:00 pagi
|
BUTIRAN PROGRAM
|
:
|
Kelab Lestari Alam
Sekitar (KLAS) SK Kampong Baru telah menyertai Pertandingan Reka Inovasi anjuran
SWCorp yang bertempat di Pasaraya C-MART, Jitra Kedah bersempena dengan
Pelancaran Kedah Go Green 2019.
Pada pertandingan itu, SK
Kampong Baru diwakili oleh empat orang peserta yang terdiri daripada ahli
Kelab Lestari Alam Sekitar KLAS. Inovasi yang dihasilkan ialah Magic Box.
Penyertaan kali pertama itu memberikan pengalaman baru serta info terkini
berkaitan kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. Selain itu ianya
juga sebagai wadah bagi peserta program mempersembahkan kreativiti sebagai
satu inovasi untuk dikongsikan kepada khalayak umum hasil dari penggunaan
bahan kitar semula.
Program tamat sekitar jam 1:15 petang dengan penyampaian sijil penyertaan
kepada semua peserta.
|
PROGRAM KESEDARAN AMALAN 3R DAN KOMPOS
TARIKH
|
:
|
20 Mac 2019 (Rabu)
|
TEMPAT
|
:
|
Dewan Seri Delima
|
MASA
|
:
|
3:30 petang
|
PENCERAMAH
|
:
|
Puan Nur Fizatul Akma binti Kamaldeen
(Pembantu Operasi SWCorp Negeri Kedah)
|
BUTIRAN PROGRAM
|
:
|
Pada 20 Mac yang lalu
telah berlangsungnya Program Kesedaran Amalan 3R dan Kompos. Program pada
hari itu menerima kunjungan daripada SWCorp Negeri Kedah. Pengisian program
merangkumi ceramah kesedaran 3R oleh En. Zarihelmi, Pegawai Environment
Idaman dan Inisiatif Kompos oleh Puan
Nur Fizatul Akma binti Kamaldeen, Pembantu Operasi SWCorp Negeri Kedah.
Objektif utama ialah memberi pendedahan
kepada peserta program cara meminimakan pembuangan sampah yang boleh dikitar
semula untuk dimanfaatkan serta cara untuk mengurangkan lambakan sampah
harian melalui inisiatif kompos.
Semoga program yang dijalankan
memberikan impak yang positif kepada murid-murid SK Kampong Baru dalam
menerapkan pembudayaan 3R dikalangan warga sekolah dan melahirkan generasi
yang mementingkan penjagaan alam sekitar dan kitar semula.
|
Puan Nur Fizatul Akma bt Kamaldeen sedang memberi tunjuk ajar tentang penyediaan kompos |
Sesi penghargaan |
Sesi fotografi KLAS dengan wakil SWCorp Alor Setar dan Idaman Sdn Bhd |
LAWATAN PENANDAARASAN SMKA SIK
TARIKH
|
:
|
28 Mac
2019
|
TEMPAT
|
:
|
Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sik
|
MASA
|
:
|
2:30
petang
|
BUTIRAN PROGRAM
|
:
|
SK Kampong Baru telah mengadakan lawatan
penandaarasan ke SMKA Sik. Lawatan tersebut adalah inisiatif bersama Kelab
Lestari Alam Sekitar (KLAS).
Objektif program adalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan penambahbaikan
prestasi masing-masing. Penandaarasan merupakan
satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari,
mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik untuk mencapai prestasi
unggul.
Semasa lawatan itu, Unit Inovasi SMKA
Sik telah berkongsi maklumat mengenai Tempat Pelupusan Al-Quran. Selain itu
turut dipamerkan rekacipta barangan daripada bahan-bahan 3R.
Lawatan Penandaarasan pada hari itu
memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Perkongsian ilmu antara dua pihak
secara langsung menjadikan cambahan ilmu dapat diaplikasikan dengan
sebaiknya.
|
KARNIVAL SCIENCE TECHNOLOGY ENGINEERING & MATHEMATICS (STEM) DAERAH PENDANG
TARIKH
|
:
|
23-24
April 2019 (Selasa-Rabu)
|
|||||||||
TEMPAT
|
:
|
8:00
pagi – 6:45 petang
|
|||||||||
MASA
|
:
|
SMK Tobiar
|
|||||||||
BUTIRAN PROGRAM
|
:
|
Pada 23-24 April yang lalu , telah
berlangsungnya Karnival Science Technology Engineering & Mathematics
(STEM) peringkat daerah pendang.
SK Kampong Baru turut menghantar tiga
orang peserta iaitu:
Tahniah kepada peserta yang terlibat.
Semoga kejayaan yang diperolehi dapat dijadikan sebagai penguat semangat
untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)