Tuesday, August 27, 2019

MESYUARAT AGUNG KELAB LESTARI ALAM SEKITAR (KLAS) 2019

TARIKH
:
27 Februari 2019 (Rabu)
TEMPAT
:
5 Al-Farabi
MASA
:
03:00 petang
BUTIRAN PROGRAM

Kelab Lestari Alam Sekitar (KLAS) ditubuhkan untuk menanam semangat cintakan alam yang bersih, indah dan mendamaikan tanpa menolak pembangunan yang telah dijalankan. KLAS SK Kampong Baru dibawah Unit Kokurikulum telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama 2019.
      Perjumpaan kelab diadakan pada setiap Hari Rabu minggu Kelab Persatuan mengikut Takwim Tahunan Unit Kokurikulum 2019. Ahli kelab sesi 2019 melibatkan seramai 29 orang. Butiran Mesyuarat Agung Kali Pertama adalah seperti berikut:
Ø  Pengenalan KLAS 2019
Ø  Lantikan Jawatankuasa
Ø  Perlembagaan KLAS
Ø  Perancangan Tahunan KLAS
Ø  Pembudayaan 3R@SKKB






PELANCARAN KEMPEN SKKB LOVE 3R 2019

TARIKH
:
4 Mac 2019 (Isnin)
TEMPAT
:
Dataran Asrama
MASA
:
07:30 pagi
BUTIRAN PROGRAM

Kempen SKKB Love 3R 2019  peringkat SK Kampong Baru telah dilancarkan pada 4 Mac yang lalu. Keberlangsungan program melibatkan seluruh warga SK Kampong Baru.
     Objektif program ialah membudayakan penerapan aspek 3R di kalangan warga sekolah dan memberi ruang dan peluang kepada warga sekolah dan komuniti setempat menggunakan stesen-stesen alam sekitar sebagai proses pengajaran dan pembelajaran serta sebagai galakan untuk melaksanakan aktiviti mesra alam dan penjimatan sumber.
      Tentatif program melibatkan perasmian gimik pelancaran Kempen SKKB Love 3R oleh En.Mohamad Fauzi bin Ibrahim, PK Pentadbiran dan Senam Go Green bersama warga sekolah. Diharapkan usaha yang dilakukan berjaya mencapai objektif yang disasarkan dalam membudayakan kempen SKKB Love 3R di kalangan murid-murid SK Kampong Baru. 





PERTANDINGAN REKA INOVASI 2019

TARIKH
:
14 Mac 2019 (Khamis)
TEMPAT
:
Pasaraya C-MART, Jitra Kedah
MASA
:
09:00 pagi
BUTIRAN PROGRAM
:
Kelab Lestari Alam Sekitar (KLAS) SK Kampong Baru telah menyertai Pertandingan Reka Inovasi anjuran SWCorp yang bertempat di Pasaraya C-MART, Jitra Kedah bersempena dengan Pelancaran Kedah Go Green 2019.
      Pada pertandingan itu,  SK Kampong Baru diwakili oleh empat orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Lestari Alam Sekitar KLAS. Inovasi yang dihasilkan ialah Magic Box. Penyertaan kali pertama itu memberikan pengalaman baru serta info terkini berkaitan kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. Selain itu ianya juga sebagai wadah bagi peserta program mempersembahkan kreativiti sebagai satu inovasi untuk dikongsikan kepada khalayak umum hasil dari penggunaan bahan kitar semula.
      Program tamat sekitar jam 1:15 petang dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta.






PROGRAM KESEDARAN AMALAN 3R DAN KOMPOS

TARIKH
:
20 Mac 2019 (Rabu)
TEMPAT
:
Dewan Seri Delima
MASA
:
3:30 petang
PENCERAMAH
:
Puan Nur Fizatul Akma binti Kamaldeen
(Pembantu Operasi SWCorp Negeri Kedah)
BUTIRAN PROGRAM
:
Pada 20 Mac yang lalu telah berlangsungnya Program Kesedaran Amalan 3R dan Kompos. Program pada hari itu menerima kunjungan daripada SWCorp Negeri Kedah. Pengisian program merangkumi ceramah kesedaran 3R oleh En. Zarihelmi, Pegawai Environment Idaman dan Inisiatif Kompos oleh  Puan Nur Fizatul Akma binti Kamaldeen, Pembantu Operasi SWCorp Negeri Kedah.
      Objektif utama ialah memberi pendedahan kepada peserta program cara meminimakan pembuangan sampah yang boleh dikitar semula untuk dimanfaatkan serta cara untuk mengurangkan lambakan sampah harian melalui inisiatif kompos.
      Semoga program yang dijalankan memberikan impak yang positif kepada murid-murid SK Kampong Baru dalam menerapkan pembudayaan 3R dikalangan warga sekolah dan melahirkan generasi yang mementingkan penjagaan alam sekitar dan kitar semula.



Puan Nur Fizatul Akma bt Kamaldeen sedang memberi tunjuk ajar tentang penyediaan kompos



Sesi penghargaan

Sesi fotografi KLAS dengan wakil SWCorp Alor Setar dan Idaman Sdn Bhd

LAWATAN PENANDAARASAN SMKA SIK

TARIKH
:
28 Mac 2019
TEMPAT
:
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
MASA
:
2:30 petang
BUTIRAN PROGRAM
:
SK Kampong Baru telah mengadakan lawatan penandaarasan ke SMKA Sik. Lawatan tersebut adalah inisiatif bersama Kelab Lestari Alam Sekitar (KLAS).
        Objektif program adalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan penambahbaikan prestasi masing-masing.  Penandaarasan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik untuk mencapai prestasi unggul.
        Semasa lawatan itu, Unit Inovasi SMKA Sik telah berkongsi maklumat mengenai Tempat Pelupusan Al-Quran. Selain itu turut dipamerkan rekacipta barangan daripada bahan-bahan 3R.
       Lawatan Penandaarasan pada hari itu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak. Perkongsian ilmu antara dua pihak secara langsung menjadikan cambahan ilmu dapat diaplikasikan dengan sebaiknya.






KARNIVAL SCIENCE TECHNOLOGY ENGINEERING & MATHEMATICS (STEM) DAERAH PENDANG

TARIKH
:
23-24 April  2019 (Selasa-Rabu)
TEMPAT
:
8:00 pagi – 6:45 petang
MASA
:
SMK Tobiar
BUTIRAN PROGRAM
:
Pada 23-24 April yang lalu , telah berlangsungnya Karnival Science Technology Engineering & Mathematics (STEM) peringkat daerah pendang.

SK Kampong Baru turut menghantar tiga orang peserta iaitu:
Nama
Pertandingan
Kedudukan
Nur Ereisya Adriana binti Abdullah
Bercerita Sains
Penyertaan
Muhammad Waffi Wajdi bin Ismail
Pertandingan mencipta Roket Air
Muhammad Adam Khalif bin Muhammad Ismail

Tahniah kepada peserta yang terlibat. Semoga kejayaan yang diperolehi dapat dijadikan sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.